penuh luka, kulalui hidup ini
walaupun penuh derita dan sengsara.
ya, hari semalam telah mengenalkanku
akan erti sebuah derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya mengajar aku
erti kebahagiaan memcintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk dirikudicintai jika akhirnya aku ditinggalkn. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku?
Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam percintaan hanya membuatkan hati merana tapi cinta kita bukan paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. Benarlah kata orang, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnye membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? sedarkah engkau bahawa luka yag engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukat untuk aku balutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.
Terima kasih atas kelukaan itu, akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk melakukannya. Doaku semoga engkau bahagia...bersamanya...jangan lukakan hatinya seperti kau lukakan hatiku...moga kau bahagia....moga kau bahagia...moga kau bahagia....
Salam Luka,
-Qaisara-
"...Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi...."
"...Letakkan cintaku dalam hatimu....hanya dengan itu dapat kau selam hatiku yang kian parah...."~Hati Yang Luka-Norhayati Berahim.



0 comments:
Post a Comment