25 January, 2008

oh Tuhan...tolonglahhhh...

Kehendak
Selalunya, apa yang diidamkan sukar untuk diperolehi.

Selalunya, perkara yang sangat diingini tidak akan dikecapi ketika ianya diperlukan, mungkin ia datang ketika kita telah melupainya.
Kadang2 begini dan begitu, renungkanlah;-

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [Al-Baqarah 2:216]

Ingat ni je la:
Sesungguh tidak akan memusibahkan kita melainkan ianya telah di maktubkan Allah.

Memang menjadi lumrah manusia untuk mudah menilai tiap sesuatu tanpa melihat hikmah disebalik sesuatu kejadian. Kadang-kadang mungkin tidak ketemu hikmah atau kebaikan tersebut, itu bukan kerana kebaikan itu tiada tapi kerana neraca apa yang baik dan apa yang buruk yang kita guna adalah bukan bersumberkan agama Allah yang lengkap. Hikmah yang kita selongkar adalah berdasarkan apa yang kita rasa baik bukan apa yang Allah rasa baik buat kita. Perlu diingat sekali lagi Allah lebih tahu. Tiap ujian atas kita sebenarnya menguji kita kearah manakah kita akan menjerumuskan diri, andai kita mengambil langkah positif maka bertambah baik hidup begitu juga sebaliknya. Orang bijak akan menukarkan musibah itu menjadi peluang dan yang tidak bijak akan membuatkan masalah bertambah parah. Ingatlah apa yang diuji sebenarnya mampu kita lalui, melainkan imaginasi kita sahaja menipu diri mengatakan kita tidak mampu. Firman Allah:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ...

(286)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. [Al-Baqarah 2:286]

0 comments: