08 May, 2008

selamat hari ibu

ni la mum sy...pn. Halimah bt. Lisat dan anknye...cik Y**** N*sy*da(name btul aku nih ehhehe
Menemui bonda yang dikasihi,
semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan limpah rahmat kasih sayang-Nya. Anakanda doakan mudah-mudahan dirimu terus tegar dan tabah dalam menghadapi keperitan dan ranjau kehidupan yang kian mencabar. Selamat Hari Ibu.
Bonda tersayang,
Sesungguhnya tiada kata yang dapat anakanda lafazkan. Tiada lukisan yang dapat dilakarkan dan tiada tulisan yang dapat dititipkan untuk melahirkan rasa penghargaan buatmu ibu, melainkan rasa kesyukuran setinggi-tingginya kerana dikurniakan ibu seperti mu. Sedar tidak sedar, kini usiaku menjangkau 26 tahun(tuaaa da kn? ooowhhh....). Tidak dapat kugambarkan betapa keperitan yang ibu rasakan ketika bertarung nyawa melahirkanku. Ibu berkorban segala jiwa dan raga demi melihat sinar hidup anakmu. Hanya Dia yang layak membalasnya.
Bonda yg sy ingati,
Apabila dikenang kembali waktu kecil, hatiku sering memberontak lantaran rasa kebebasan diri disekat. Tidak seperti orang lain yang mudah memperoleh apa saja yang diinginkan. Namun, kini aku sedari bahawa tindakanmu ibu, bukan untuk menyakiti diriku, bukan juga untuk mendera. Jauh sekali untuk membalas dendam terhadap apa yang pernah ibu rasakan...(iye...sy pnh kena rotan sbb x mauuu ngaji...ooowwhhh jahatnyeee sy)
Bonda yg sy rindui.
Terbayang wajahmu yang redup sayu. Restumu dan kasihmu kuharapkan. Kerana di situ letak syurgaku.Ibu...Kau ampunilah dosaku. Andainya ku pernah menghiris hatimu. Kasihanilah Wahai Tuhan…Ibu yang telah melahirkan dirikuDengan kepayahan sewaktu kecilkuMoga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...aminnnn..
*mum i luv u...
*tq kerana ada diwaktu sy 'luka' dulu...
*tq kerana mendidik sy..
*sesungguhnye jasamu x mampu sy balas walaupun dgn segunung intan permata...
*i luv u mum...4 ever n ever...


selamat hari ibu

0 comments: