18 December, 2008

bicara hati seorang wanita~





::: Sukar bagi wanita untuk mencari perkara atau sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)

::: Bila lelaki yang dia sua dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat

::: Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian

::: Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu... bila dia dah buat keputusan, dia boleh dan akan lakukan apa saja.



::: Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan



::: Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan ialah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

::: Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



::: Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

::: Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



::: Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan.

::: Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



::: Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



::: Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.



::: Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri



::: Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

::: Bila setiap kali gambar kelas keluar, orang pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



::: Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

::: Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



::: Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

::: Wanita paling benci lelaki yang serbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang lebih cantik



::: Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



::: Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

::: Senjata wanita ialah airmatanya

::: Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



::: Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



::: Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

cik_iman - sy hanye wanita yg punye hati kecil yg terlalu mudah utk trguris... kerana sy bukanlah secantik erra fazira dan tidak seayu ct nurhaliza... sy hanyelah insan biase yg punyai byk kekurangan dan kelemahan.. namun.. sy tetap berusaha untuk menjadi sesempurna mereka2 itu... hummmm mungkin malang bagi sesiapa yg 'memiliki' sy kn...kerana sy hanye wanita biase2...



** langit yang mendung..jangan biar hujan..hati ini telah penat kebasahan







3 comments:

Sifu Mirza said... [Saya Mahu Reply!]

cik iman...

bidalan tentang kecantikan selalu menitipkan..

"the beauty is at the eyes of beholder.."

cantik itu subjektif..dan ada dua jenis..

satu cantik umum.. semua orang lihat cantik..

satu lagi cantik khusus.. hanya orang-orang tertentu sahaja yang berjaya menilai kecantikannya...

jika kita mengejar kecantikan umum.. kita akan binasa dalam anganan...

jika kita menghargai kecantikan khusus.. kita akan ketemu kebahagiaan...

salam hormat..

jemari-sepi said... [Saya Mahu Reply!]

betul sifu mirza jemari sokong 100%..
hanya org yg tertentu saja dapat menilai kecantikkan yang bagaimana kaha lebih meraih kebahagiaan...

apa ader pada cantik rupa jika didalam sehitam tar jalan...

biar kulit sehitam tar jalan tapi hati seputih salju...

kecantikan hanya sementara...jadi pandang lah hati kerana kecantikan hati lebih bermakna...

cik iman...apa itu CANTIK ekkk....jemari tak suka cantik,jemari suka COMEY jer..hihihihi...

Anonymous said... [Saya Mahu Reply!]

cik iman..

awk ckup cntik pd pandangan mata sy..jgn terlalu merendah diri..awk wanita yang kuat dan cantik..chaiyok2 cik iman..sy pn kdg2 mcm awk,hati sy cpt terguris..tp xpelar,let us think +ve k..