Leukemia
Leukemia adalah sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Kegagalan sum-sum tulang berfungsi menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh. Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini akan menyebabkan seseorang menjadi pucat (anemia) pendarahan dan jangkitan yang berselang-seli. Sum-sum tulang bertindak sebagai pembuat sel-sel darah merah dan sel pembeku (platlet)
Pakar-pakar perubatan masih tidak dapat mengenalpasti mengapa sel darah putih membiak dengan banyak dalam tubuh seseorang. Secara tidak langsung ia akan mencegah sel-sel darah lain seperti sel-sel darah merah dan platlet terbentuk. faktor-faktor yang menyebabkan implikasi berlakunya Leukemia ialah genetik, pendedahan kepada bahan-bahan radiasi, virus dan persekitaran. Penyakit ini walaupaun amat sedikit kejadiannya tetapi adalah sangat serius.
Jenis-jenis Leukemia
Akut - Acute lymfoblastik leukemia (ALL)
- Acute myloid leukemia (AML)
Kronik - Chronic lymfositik leukemia (CLL)
- Chronic myloid leukemia (CML)
Leukemia Akut
Leukemia akut berlaku dalam tempoh waktu yang singkat di mana pesakit biasanya tidak sihat. Pesakit leukemia jenis ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat.
Leukemia Kronik
Mereka yang dikategorikan sebagai pengidap leukemia kronik ialah berada dalam keadaan sihat pada peringkat awal. Dalam kebanyakan kes, pesakit biasanya masih boleh bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun walaupun tanpa rawatan. sekiranya leukemia kronik menjadi akut tiada rawatan berkesan dapat menyembuhkannya.
Tanda-tanda Leukemia
Anemia merupakan salah satu tanda awal leukemia dan kadangkala berlaku sebelum tanda-tanda kelainan pada sel-sel darah. tanda-tanda untuk mengenalpasti samaada seseorang mengidap leukemia adalah seperti berikut:
Leukemia akut akan kelihatan:
- Pucat
- Rasa letih
- Pendarahan mulut,hidung, kulit dan gusi
- Demam panas
- Pembengkakan kelenjar leher.
Leukemia kronik pula pesakit akan mengalami:
- Pembengkakan pada kelenjar limfa
- Pembesaran limfa
- Sakit Tulang
- Demam panas
- Pucat
- Rasa letih


1 comments:
moskel macik eh..
sojak bilo tuko jabatan perubatan nih..
hiksss...
Post a Comment