![]() |
| hei-hei kamu, boleh masuk dalam mimpi dan angan aku lagi sekali tak? sumber |
bangun dari tido pagi nih buat aku rasa tak mahu bangun-bangun.. walau pun dah tak rasa ngantuk tapi aku pejam-pejamkan jugak mata. taknak bangun.. taknakkkkkk. tetiba rasa nak memberontak.nak marah.. nak jerit-jerit.. rasa nak skip hari ini, nak bangun-bangun jek dah besok pagi.. boleh tak? hummmmmmmmmmm
aku penatlah sebenarnye nak cerita, kalau boleh aku nk tutup buku terus hal-hal berkenaaan tarikh ini.. tapi... tak mampu.. nak-nak la mimpi indah yang mengganggu tido aku malam tadi.. lagiiiii buat aku rase sengsara... Tuhan.. kenapa kau pinjamkannya sekejap sahaja? selama ini aku cuba buat-buat tak tahu dengan keadaan.. buat-buat keras kepala untuk menurutkan perasaan.. dengan buat-buat semacam itu, aku akan rasa lebih kuat.. aku tak akan menangis.. dan tidak bersedih hiba.. aku cuma buat-buat.. tapi hakikatnya... hanya Tuhan yang tahu betapa hancur dan luluhnya hati ini...
mimpi malam yang indah..
aku bersalin dirumah emak... melahirkan bayi perempuan..aku menangis kegembiraan.. kulitnye seperti aku.. aku belai-belai dengan kasih sayang... aku suakan susu.. menyusukan dia... hummmm dan aku terjaga.. mimpi-mimpi seperti ini terlalu selalu menjengah aku akhir-akhir ini... tapi ini la yang terpaling memberi kesan kerana seperti terasa seperti 'real' bila dapat melihat , membelai dan menyusui bayi itu sendiri.. arghhh kroniknya aku..
sebenarnya dan sepatutnye hari ini adelah tarikh keramat bagi aku... kerana hari ini sepatutnye aku tengah berada di hospital bertarung nyawa demi melihat cahayahidup aku melihat dunia...namunnn hakikatnya aku sekarang ini dirumah, mengadap lappy sambil menangis tertahan-tahan
dah.. aku takbolehnaktaip lagi.. mata dah kabur
*maaf pada sesiapa yang tertanya-tanya berkenaan dengan entry ini.. entry tanpa hujung pangkal ini... jika anda mengikuti kronologi-kronologi entry sebelum ini, mungkin korang akan faham, memang terlalu banyak entry-entry sebelum ini yang berkenaan dengan entry ini... namun atas sebab-sebab tertentu akhirnye entry-entry tersebut telah aku padamkan... maaf. jadi walaupun tak faham, bace sajalah entry ini walaupun dengan perasaan yang kosong *
CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!



0 comments:
Post a Comment