![]() |
| suatu ketika ..langit senja dibukit Tinggi |
ada air mata sudah lama menjadi sungai
kontang dan merekah
dan dalam mimpimu
aku hidup di hutan tabah
subur dan menghijau
sedangkan sengsara ini tidak pernah bernisan
ia kemboja, tumbuh mewangi luka
kalaulah engkau faham maknanya pedih
Puisi ini aku pinjam dari Azhan Uthmani
kadang-kadang hidup ini aku anggap penuh dengan mengharap dan harapan.. selalu ayat yang melintas dibenak fikiran aku adalah "harap-harap aku akan ... " harap-harap hidup aku akan..." harap-harap si dia akan..." tapi itu lah yang di namakan mengharap.. yang kadang-kadang dapat apa yang kita harapkan itu dan terpaling selalunye adelah mengecewakan... dan selalunya untuk memujuk diri.. aku selalu berkata-kata dalam hati.. mungkin ini balasan yang Tuhan beri pada aku kerana mungkin aku juga dulu-dulu juga pernah menhancurkan harapan manusia lain.. atau Tuhan sengaja bagi aku ini, kerana hendak menguji tahap keimanan dan kesabaran serta akan memberikan hikmah yang lain pada aku.. pujuk hati..pujuk hati..pujuk hati..
hakikat hidup ini sebenarnye bukanlah indah semata-mata.. ada gembira, duka, luka dan kecewa.. kadang-kadang setelah penat kau berkorban akhirnya engkau yang terkorban.. memang pedih. sakit dan luka.. tapi mahu atau tidak.. hidup kena terus.. jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh.. yang aku tahu, makin banyak yang aku tempuhi dan lalui makin aku faham dan mengerti akan erti sebuah kehidupan. dan aku cuba berjanji untuk hidup aku yang tidak akan ada perkataan "harap-harap dan mengharap" lagi.. kerana itu perkataan luka... aku benci!
CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!



0 comments:
Post a Comment