![]() |
Aku bukan penggemar cerita-cerita seram nih.. bukan apa, aku malas nak mentakut-takukan diri sendiri.. sebab dah tau diri tu pentakut yang kau mengada nak tengok cerita hantu tuh kenapakan? tak kuase
tapi bila.. en k cuti.. taknak duduk rumah sebab bosan.. nak karok ramai orang plak rase macam tak kuase, nak pegi jalan-jalan tak tau nak pegi mane dah.. jadi pilihan yang ada hanyelah TENGOK WAYANG..
bila sampai di TGV seremban.. tengok-tengok skrin.. laaaaa takde cerita yang menarik rupenye.. yang terpaling menarik pun hanyelah KHURAFAT..
nak tengok ke tak nak
nak ke tak
nak ke tak
nak ke takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?!! jerit en k kat telinga aku setelah setengah jam dia tunggu jawapan.. hahahaha
akhirnyaaaa..berperisaikan sehelai selendang untuk tutup mata karang kot-kot ada hantu terjojol keluar.. aku tengok jugak laaa
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
bagi aku plot ceritanye menarik serta pengkisahannya ringkas tapi best
watak Johan - syamsul Yusof
kalau kau selalu tengok syamsul ni belakon, ko dah tau dah camne skrip dia.. macaqm skrip ala-ala gerak khas, roda-roda kota raya..style itu jugak.. dan bagi aku dia nampak kaku diawal-awal cerita.. dan semakin ok di pertengahan dan akhir cerita.. dia berjaya membawa perasaan takutnya dan sedihnya itu pada aku.. cuma yang tak realistiknya.. bab ko tepis kuih yang makcik ala-ala seram tu kasi dengan bab kau tampa Anna tuh.. sangat drama bagi aku.. sebab kalau real ade ke orang nak buat camtu eh? eh ke ade? kuang hajarrr ok
watak Aisyah - liana jasmay
selain dari bibir dia yang nauzubillah seksinye dan time nanges dia cantik, aku tak nampak ape yang bestnye dia nih.. nampak macam adik jek dia ngan johan tuh.. bukan macam suami isteri.. mungkin sebab dia kecik sangat kot.. nampak tak berape padan.. watak dia ok-ok saje..
watak Anna - Sabrina
Hoihhh takuttt okehhhh.. renungan mata dan dengusan nafas jek dah nampak seram, apekan lagi kalau die pakai mekap-mekap seram. rase nak terkencinggggg aku
dan bagi aku dalam banyak-banyak cerita seram yang aku tengok*macam la banyak.. padahal...,* ini la cerita seram MELAYU yang menjadik dan sangat-sangat menseramkan sanubari.. walaupun berbekalkan selendang, tapi tak berjaya untuk menghalang aku dari tertengok scene-scene yang menggetarkan lutut lantas membuatkan en K menjerit lagi sekali.."hoihhh u bace surah ape tuh? nak bace 1 juzuk ke?".. rupe-rupenye aku bace ayat kursi terkuat sangat daaaaa...
babak terpaling seram adelah
- Babak bila si johan tu dibilik mayat, then dia nak tengok mayat si Anna tuh.. tiba-tiba.. jengg jenggg jenggg*sound effect* lampu padam.. what the hell???!!! jerit kami satu panggung.. tak gunaaaa time-time ni laaaa kau nak padam lampu.. time lain tak nak pulakkkkkk
- time dalam van jenazah.. tiba-tiba surah bacaan yasin dari radio van terhenti tiba-tiba.. eiiiiii bencilahhhhhh kata akak blakang aku... bole plak radio rosak time nih..
- johan menoleh tengok keranda dannnn tiba-tibaaaa nampak sepasang mata merah celah keranda tuh.. warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh jerit sepanggung lagi.. budak lelaki depan aku la yang paling kuat jerit... motip kau?
- kawan johan plak aka pemandu van toleh keranda.. dannn tadaaaaaaaaaaaaaaaaa hantu tu kat sebelah muke kau jek... fadann muke.. sape suh tengok? arghhhhhhhhhhhh aku dah jerit sekuat-kuat hati sampai en k tekup mulut aku..
- dan adegan paling seram ever adelah..
![]() |
| boleh????? |
dannn yang scene-scene lepas ni aku memang tutup mata ngan telinga... sebab tak yakin boleh tengok... orang pentakut macam aku nih, dah la tu en k plak keje shif, ade-ade hari yang aku kena tido sorang-sorang.. cukup-cukuplah.. tak sanggup aku nak tengok lagi uhukkk2
tapi ending aku tengok.. dan membuatkan aku menanges.. aku tak jangka pun ending dia macam tuh.. sedih ok.. so, pada sesiapa yang sukakan cerita-cerita sebegini*angkat kening kat uya* sila la pegi tonton.. insyaallah berbaloi
nahhh ambik nihh
CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!




3 comments:
I dh tgk la k nana..hahahah. Pd i yg paling seram part die angkat mayat tgh2 mlm kt dlm hutan..huhhu..yg len bese jek. *oo..ayat berlagak kah?..:p *
Bile kite leh tgk wayang sesame lg ek?
heheheh....
i dh tgk la k nana. Pd i yg paling seram time Johan angkat mayat malam2 kt tgh2 hutan tuh..yg len bese2 je..*oopss..ayat berlagak kah?..:p*
Bile kite leh tgk wayang esame lg ek?
cik merpati - aku dah agak dah ko mesti tengok punyee.. ko kan suke cite2 cmnih heheheh..
a'ah eh bile bole kite tgk wayang sesame lg? rinduuuuuuuuuuuuu jerit2 sebelh telinga kau hahahahah skang kobis plak amik turn
Post a Comment