28 February, 2011

Saman Trafik - tamat

selamat dah En K bayar saman dia kemarin.. 6 saman u olls.. 2 kesalahan memandu laju kot..ada paking.. dan ade ape tah lagi *pitam*

 Penat aku bagi kata-kata azimat kat dia..supaya dia tak mengamuk lebih-lebih.. kaunter penuh la.. kaki lenguh berdiri sebab orang ramai la.. ini la itu la.. sape suruh tangguh-tangguh bayarkan? lepas tu yang membawak kete pun dia.. sah-sah la semua kesalahan tu dia yang buat.. jadi yang nak mengamuk ni kenape? gituuuuuuuu kata-kata azimat hakak.. korang rase membantu tak? hahahahahah
3 hari pegi bayar kaunter sesak.. suruh bayar online taknak pulak..  merasalah bersesak-sesak kat kaunter tuh..


Bayaran saman Trafik boleh dibuat menggunakan cara-cara seperti berikut:

1. Melalui Internet

Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :-
dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.

2. Melalui Kaunter

( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit )
2.1 Kaunter Trafik COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System)
yang ada di semua Ibu Pejabat  Polis Kontinjen dan Daerah.
2.2 Kaunter JPJ yang terpilih
– JPJ Johor Bharu
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu
2.3 Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah
- TERMINAL ONE Seremban
- PERANGIN MALL Pulau Pinang
- QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
- JAYA JUSCO Ipoh
- THE CURVE Petaling Jaya
- IOI MALL Puchong
Waktu operasi : 10.00 pagi – 8.00 malam
2.4 Semua kaunter Pejabat Pos

Namun akhirnya.. setel jugak.. alhamdulillah... sujud syukur aku.. harap-harap lepas bayar 6 saman nih, dia insaf la.. sebab bagi aku saman ni membazir duit je.. tak pasal-pasal plak la duit keluar beratus-ratus sebab kesalahan yang sepatutnya boleh dielakkan.. baik duit tu buat beli kasut aku lagi bagus..


CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!

2 comments:

Anonymous said... [Saya Mahu Reply!]

betul tue kak yan..hihihi- kina

CPI said... [Saya Mahu Reply!]

salam..

kan kina.. baik buat shoping duit tuh.. berfaedah jugak.. ehhehehe