ada orang anggap sempurna itu apabila :-
- Hidup mewah berkereta besar.
- Bersuamikan lelaki bermisai melintang berpangkat besar.
- Berkulit licin gebu berkosmetik mahal buatan antarabangsa
- berhenbeg kulit berkasut tumit.
- Anak-anak yang comel dengan gaya pakaian mewah.. tak main-la beli-kat-pasar-malam.
- Melancong ke seluruh pelosok dunia.
- Duit berkepuk tak tahu nak buat apa.
Tapi sempurna definisi aku :-
- Hidup sederhana pun tak apa, asalkan aku bahagia
- Bersuamikan si telinga 'nabil' yang berusaha membahagiakan hidup kami, adalah terbaik
- Berbedak sejuk buatan sendiri pun dah alhamdulillah.. kulit orang tak berada memang tak banyak cari hal.
- berhenbeg murah, berkasut sale 70%.. asal ada dan kena pada gaya sudahlah
- Takda anak comel pun tak apa..tak pakai pakaian mewah pun tak jadi pasal.. asalkan nanti-nanti akhlak anak itu mulia dan terpelihara.
- Tak melancong seluruh dunia pun tak apa.. asalkan dapat menjejak kaki di bumi suci satu hari nanti.
- Walau dalam dompet ada RM10, namun aku masih tahu mana asalnya duit itu.. hasil titik peluh.
jelas tak? bahawa erti sempurna itu bukannya satu, bukannya milik engkau seorang.. erti sempurna itu pelbagai. Mengikut individu, keadaan dan suasana hidup seseorang.. jadi siapa engkau yang hendak mempersoalkan tentang kesempurnaan hidup aku? siapa??
CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!


0 comments:
Post a Comment