19 August, 2011

KEPOCI


di hari yang bermakna arituh aku buat entry ini

mungkin agak kontroversi sikit entry itu, sebab aku dapat beberapa email dan ramai jugak kawan-kawan yang duk tanye-tanye or korek-korek dengan memulakan pertayaan dengan "En. K bagi seprais ape kat kau sempena besday kau? mesti bestkan?" bila aku jawab.."adelah" dia akan mengelupur tanye.. "ape dia? abis yang kau  tulis dekat belog tu...?" dan aku pun malas layan..

hellowwwwww! tak semestinye bila kau menangis kau akan menangis kehibaan dan kesedihankan?



Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”



jelas?

itu airmata mengenangkan yang betapa Allah itu Maha Penyayang.. kerana.. walau sebanyak manapun dosa aku telah aku himpunkan.. namun Allah masih lagi berikan aku nikmat kehidupan.. punyai suami yang aku cinta dan menyintai aku.. family yang sentiasa disisi aku.. susah senang dan suka duka.. cukup makan dan pakai.. subhanallah..banyaknye nikmat yang Allah bagi..

jelas part yang itu?

bagus!

tu belum lagi yang 24 jam sik tanye aku bile nak beranak? bile nak buat anak.?. kenape tak beranak? boleh gitu? nak jek aku keji orang-orang macam ni nih.. tapi aku tak kuase nak mencarik gaduh.. juz aku jawab ape yang patut jek.. sebab aku bukan jenis ambik tahu pasal orang so, bile orang kepoci pasal aku, aku rasa amat-amat terseksa.. aku benci perasaan sebegitu!

anak itu rezeki, rezeki itu siapa yang bagi? Allah kan? jadi perlu ke dipersoalkan lagi?


ade jugak yang buat lawak BODOH dan HINA dengan tanye berat aku dan En. K.. bila aku tanye "kenape?" dia jawab " takdelah, saje-saje je.." "eh eh! camne kau boleh kawen dengan En K eh? peliklahh" (sambil buat muke senyum sumbing)


*tarik nafas*

apa tak layak sangat ke aku nih di cintai? CINTA itu hanya layak pada yang KURUS,CANTIK dan SEMPURNA je ke?

kadang-kadang aku lelah dengan semua pertanyaan-pertanyaan bodoh sebegini.. sampai satu tahap mahu je aku menjerit pada insan-insan sebegini..

perlu ke aku jawab? perlu ke engkau tahu? 


*entahlah.. aku sememangnya berniat mahu buat entry yang santai dan tenang-tenang saja.. tap.. maaf.. emosi aku tak stabil.. aku perlu luahkan*


MAAF~



CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!

0 comments: