hai korang.. terasa ingin membuat amal? meh aku bagi tau caranye.. Nuffnang Malaysia dan TLC tahun ini telah berhasrat membantu Rumah Aman untuk diberikan sumbangan.
apekah itu Rumah Aman?
iye u olls.. rumah anak-anak yatim..
Rumah Aman memerlukan bantuan dari segi dana untuk membuat semula pendawaian elektrik dan sistem perlindungan kilat rumah perlindungan mereka yang telah berusia 15 tahun. Mengikut kiraan awal mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 bagi membolehkan apa yang dirancang mampu dilaksanakan demi keselesaan anak-anak di situ.
Kaedah yang boleh anda turut serta bagi menyampaikan sumbangan anda adalah seperti berikut:-
- Salurkan sumbangan anda melalui Maybank2U ke akaun Rumah Aman (Shah Alam) di 562106720433.
- Milkadeal menyediakan cara lain untuk anda turut sama menyumbang, sila ke link ini http://www.milkadeal.com/deals/promiseme2-rumahaman
Sama-samalah kita membantu sedaya mungkin demi anak-anak kecil yang memerlukan bantuan dan pertolongan kita. Moga dengan bantuan kita yang sedikit ini dapat menceriakan dan mengembirakan mereka

CPI caiyokkk!
Aja! Aja! Fighting!!



0 comments:
Post a Comment