07 February, 2013

Tarikh Keramat


 di suatu petang..

Doc A : saya tak boleh buat keputusan, saya kena panggil pakar lain.

aku angguk.

....................................

maka Doc B dan C pun datang.

setelah diteliti rekod perubatan dan kemudian di periksa sini sana.. di masukkan camera. kalau dulu setiap kali nak masuk camera, mesti aku kejang ketakutan, but now, aku selamba jek, dah lali!

Doc B : u kena operate jugak.dah takda cara lain

Doc C : stage 4. .. no choice. operate. (nama nurse) ambik jadual bilik OT.

aku pandang En K.

En K tunduk.

kemudian.. lambat-lambat aku angguk.

 Doc A B C berbincang di meja mereka.. ntah apa yang didebatkan. nampak serius.

Doc A datang rapat di katil aku semula.. sementara Doc B dan C masih rancak berdiskusi sambil melihat laporan perubatan aku di screen komputer.

Doc A : tapi, macam yang penah saya bagitau dulu. risikonye tinggi.

En K : ape risikonye doktor?

iye.. aku tak penah bagi tau En K tentang perbualan aku dengan Doktor A sikit masa dulu. bukan taknak bagi tau.. cuma aku tak mampu untuk bagi tahu.

Doc A pandang aku.

Doc A : awak tak bincang dengan suami ke?

aku geleng.

Doc A : risikonya jika ada masalah ketika pembedahan nanti, sebab puan CPI ade &^^%%%& jadi, isteri awak boleh koma. tapi encik jangan risau, kita cuba, dulu ade kes macam ni, dan kami berjaya. tapi, kalau berjaya pun, puan CPI tetap kena duduk ICU lebih lama, kami kena buat pantauan rapi.

dari ekor mata, aku dapat lihat En K merenung aku.

 Doc A : macamana Encik?  kalau Encik setuju, kita boleh booked bilik OT. kemudian buat appointment dengan pakar bius. lagipun lagi lama encik tangguh keputusan, lagi lambat la kita dapat bedah, kita disini bilik OT ikut giliran. lagipun ade beberapa test lagi yang kita kena buat.  Encik jangan risau, kita bukan buat hari ni ke besok, cuma, kita kena booking bilik OT dulu, kemudian baru kita boleh buat test2 yang lain.

tanpa menoleh en K... terus aku jawab, saya setuju!

dah En K tak mampu bagi jawapan, biar aku jek yang jawab sendiri.

Doc A pandang aku kemudian En K..

setelah melihat jadual bilik OT,  doc A menetapkan tarikh..
...............................................

Dalam perjalanan balik..fikiran aku melayang sayup di dada langit yang tengah menangis.., seolah memahami isi hatiku waktu itu.



 
 diwaktu-waktu begini, aku teringat sangat emak. aku pandang Hp, rase nak dail no emak, tapi..








errr  macamana nak bagi tau emak ni eh? abis la mesti mak aku drama airmata ni kang..! dah la selama ni mak aku cuma tau 'secebis' jek.. caneh nak xplain nih?


Ya Allah berilah aku kekuatan!


CPI caiyokkk!
 Aja! Aja! Fighting!!

5 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said... [Saya Mahu Reply!]

operate psl apa noks?
errr ritu sakit tekak kan??
errrr...

Berusaha lebih baik daripada hanya berserah..semuanya milik Allah kan yang :)

CPI said... [Saya Mahu Reply!]

tekak dan membawa kepada yang lain. huhhuuh.. operate 2 bahagian sekali harung.. wuwuwuwu i ketakutan la macam nih

AinNur Haris said... [Saya Mahu Reply!]

OKEY...
AIN TAK NAK KAWAN NANA DAH....!!!

TAK NAK KAWAN..
TAK NAK KAWAN..
TAK NAK...!!

.
.
.
.
.
.

TAK NAK...!!

Unknown said... [Saya Mahu Reply!]

bersabar dengan semua ni ye darling...

CPI said... [Saya Mahu Reply!]

ain -

kawan la nana ain..
kawan la..
kita dah lama kawan kan?















ain.... :(